Selasa, 31 Desember 2013

Faekah Chua tak setaraf debat dengan MB Sgor

- 0 komentar

malaysiakini  Ogos 16 2012 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong  silap membuat percaturan apabila menganggap dirinya setaraf dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mencabar besar berdebat isu penyusunan semula hutang Talam, kata Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin.

"Kita tidak menghalang beliau mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi tetapi isu yang dibangkitkan biarlah relevan dan mengikut keutamaan.

"Contohnya isu penyelewengan dana NFC RM250 juta di bawah kementeriannya, Apa yang Chua lakukan? Beliau tidak mengambil tindakan yang boleh dibanggakan masyarakat
Tionghua di negara ini," kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah berkata, menteri besar telah berkali-kali berkata bahawa cara terbaik untuk menjawab semua dakwaan yang dibangkitkan Chua adalah menerusi kertas putih yang sedang disiapkan oleh kerajaan Selangor.

"Tetapi jika Chua terus berdegil untuk berdebat, beliau sepatutnya menyahut  cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang telah berkali-kali mencabar beliau untuk
berdebat.

"Pua bukan pihak ketiga yang mendapat maklumat Talam seperti yang didakwa Chua.

"Sebaliknya, Pua sering kali mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan pegawai-pegawai yang terlibat mengutip hutang Talam.

"Beliau mendapat maklumat secara terus bukan dari pihak kedua," tegas Faekah.
Bagaimanapun, katanya, sebelum Chua meneruskan misi berdebat itu, beliau sepatutnya mendapatkan maklumat terperinci dan jawapan bagaimana BN didakwanya boleh menyerahkan ribuan ekar tanah kepada seorang kroni MCA.

[Continue reading...]

Gambar Fesyen Wanita Iran Sebelum Dan Selepas Revolusi

- 0 komentar

Gambar Fesyen Wanita Iran Sebelum Dan Selepas Revolusi
Pemandangan wanita seksi atau mendedah aurat warga Iran seperti 17 gambar dibawah pasti tidak wujud lagi di negara Iran.Jom lihat wanita Iran sebelum dan selepas Revolusi.




















SELEPAS



[Continue reading...]

Senin, 30 Desember 2013

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2

- 0 komentar
samsung galaxy note 2  –  Secara resmi Samsung meluncurkan produk terbarunya yaitu Samsung Galaxy Note 2.  Galaxy Note generasi kedua buatan Samsung ini tentu hadir dengan segala perbaikan dari segi tampilan, kekuatan, dan lain-lain yang nantinya akan kita bahas.

Dari segi layar, Galaxy Note memiliki layar berukuran 5.3 inci, sedangkan samsung galaxy note 2 hadir dengan layar 5.5 inci. Selain itu, jika Galaxy Note menggunakan layar dengan lapisan Gorilla Glass, maka Galaxy Note 2 menggunakan penerusnya, yaitu Gorilla Glass 2.


Dari segi dimensi, lebar dan ketebalan samsung galaxy note 2 lebih kecil dari generasi sebelumnya, Galaxy Note. Namun, dalam hal ukuran Galaxy Note tampil lebih besar tetapi beratnya hanya terpaut 2 gram saja.

Dari segi prosesor, terdapat perbedaan mencolok antara Galaxy Note dengan Galaxy Note 2. Galaxy Note 2 hadir dengan prosesor quad core Exynos 4412 1.6GHz yang ditunjang dengan RAM 2GB. Sedangkan Galaxy Note mengandalkan prosesor dual core Exynos 1.4GHz dengan RAM 1GB. Maka anda bisa bayangkan sendiri bagaimana kinerja produk baru Samsung Galaxy Note 2 ini.

Dari segi sistem operasi, samsung galaxy note 2 masih menggunakan system operasi Android yaitu hadir dengan OS Android Jelly Bean 4.1, sedangkan Galaxy Note masih memakai OS Android Gingerbread, meskipun pihak Samsung juga menyediakan upgrade OS Android ICS untuk handphone ini.

Berikut beberapa foto mengenai samsung galaxy note 2 yang keren dan mantap








[Continue reading...]

SPRM perlu diaudit dengan lebih tegas terperinci Datuk Mahfuz

- 0 komentar

Harakahdaily 

Abdul Aziz Mustafa, 07 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara hendaklah mengaudit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lebih tegas, mendalam, meluas dan terperinci berbanding pihak-pihak lain, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada yang menyatakan bahawa semakan secara kasar mendapati jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat adalah sekitar RM42.138 bilion berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Begitu besar kerugian yang ditanggung oleh rakyat, SPRM kata pihaknya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam laporan tersebut selain lima orang pegawai kerajaan dikenakan tindakan tatatertib ekoran kes yang sama.

"Hanya tujuh orang sahajakah yang bertanggungjawab atas kerugian begitu besar?" katanya.

Sebab itulah, kata beliau lagi, SPRM perlu diaudit dengan lebih tegas lagi berbanding pihak lain oleh Jabatan Audit Negara.

"Dengan peruntukan yang begitu banyak yang diterima oleh SPRM, Ketua Audit Negara perlu menyiasat apa yang dibuat oleh agensi tersebut sehingga begitu memalukan hasil siasatannya terhadap kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," katanya.

Mahfuz menyifatkan kelemahan hasil siasatan SPRM itu memberi dorongan kepada lebih banyak penyelewengan selepas ini.

"Kalau itu sahaja hasil siasatan SPRM, mereka yang terlibat tidak takut sedikit pun malah akan mengejek-ejek siasatan yang dibuat oleh SPRM.

"SPRM hendak siasat, siasatlah. Mereka tidak bimbang sedikitpun. Mereka tidak takut," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin, lebih banyak peneyelewengan akan didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang akan datang.

"Laporan 2011 memperlihatkan penyelewengan besar-besaran, laporan 2012 pun sama. Sukar hendak ditolak laporan akan datang memperlihatkan penyelewengan lebih besar lagi.

"Semua akan berulang kerana mereka yang terlibat tidak takut sedikitpun," katanya.

Mahfuz berkata, sudah sampai masanya rakyat mengadakan gerakan besar-besaran mempersoalkan kesungguhan, kecekapan dan tatacara siasatan SPRM yang amat mencurigakan itu.

"Kalau menyiasat pihak-pihak yang terlibat dengan Pakatan Rakyat, sampai ada yang terbunuh di premis SPRM.

"Tetapi kalau berkaitan dengan kerajaan Barisan Nasional, berpuluh bilion ringit kerugian, hanya dua orang dihadapkan ke mahkamah dan lima orang diambil tindakan disiplin. Sangat mencurigakan," katanya.

[Continue reading...]

Minggu, 29 Desember 2013

Main sembunyi sembunyi kepala kanak kanak terperangkap di dinding

- 0 komentar
  Foto: Daily Mail
Foto: Daily Mail
YULIN – Seorang kanak-kanak perempuan asal China terjebak di antara dua dinding ketika dia sedang bermain petak umpet bersama teman-temannya.
 
Kanak-kanak yang berusia enam tahun ini sedang bersembunyi di sela-sela bangunan bermain petak umpet bersama temannya di Yulin, China.
 
Namun, tak disangka tempat persembunyiannya ini telah membuatnya tak boleh keluar. Bahkan kepalanya   terjebak sampai terpaksa meminta bantuan petugas bomba. Demikian diberitakan Daily Mail, Khamis (18/4/2013).
 
Petugas bomba menghabiskan waktu selama tiga jam untuk mencuba membebaskan kanak-kanak malang itu.
Mereka menggunakan minyak pelumas untuk membantu membebaskannya dari dinding bangunan tersebut. Setelah anggota bomba berusaha dengan susah payah, akhirnya kanak-kanak tersebut berhasil diselamatkan.okezone.com
[Continue reading...]

Calon PAKATAN Selangor terbaik dalam sejarah

- 0 komentar

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 16 APRIL: Barisan calon KEADILAN bagi mempertahan kemenangan Selangor pada pilihan raya kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, gabungan itu merangkumi calon muka lama dan baru serta dari pelbagai latar belakang kerjaya, usia dan kaum.
Nik 1 
“Ia satu gabungan yang kuat, dan saya yakin PAS serta DAP juga akan menampilkan calon yang tidak kurang hebatnya.
“KEADILAN bersedia dan berbangga untuk berkempen bersama (PAS dan DAP),” kata Nik Nazmi pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau yang turut sama dicalonkan untuk mempertahan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia juga mengalu-alukan calon baru.
Mereka termasuk dari wanita, Tengku Maraziah Tengku Sulaiman (Kuang) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa). Selain itu, Datuk Ramachandran Kandasamy (Batang Kali) dan G Manivanan (Kapar).

“Kita juga ada tokoh parti, antaranya Dr Abdul Aziz Bari (Sabak Bernam), Khalid Jaafar (Hulu Selangor), Wong Chen (Kelana Jaya), dan sahabat saya, Rafizi Ramli (Pandan),” katanya.
“Persaingan di Selangor pasti sengit, apatah lagi melihat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengetuai kempen BN di negeri ini,” kata Nik Nazmi lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau mengulas isu kerusi DUN Kota Damansara yang sedang dibincangkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
“Kita sentiasa menghargai sokongan PSM dan bekerjasama baik dengan mereka. Kita yakin status mengenai Kota Damansara akan diselesaikan secepat mungkin,” jelasnya.
Untuk mengetahui senarai penuh calon KEADILAN di Selangor KLIK SINI. -NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
[Continue reading...]

Sabtu, 28 Desember 2013

Curi Beg Berjenama Jual Semula Di Laman Ebay

- 0 komentar

Seorang wanita dari Wiltshire, England, Jayne Rand telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan selepas didapati bersalah mencuri 905 buah beg tangan berjenama mewah sejak tiga tahun lalu.

Dia ditahan semasa sedang melakukan perbuatan rutinnya itu di sebuah pusat membeli belah di Cwmbran, Wales.

Apa yang mengejutkan, dia mencuri beg-beg berjenama itu dan kemudiannya menjual barangan curinya di laman web lelong, Ebay.

Modus operandi wanita berusia 48 tahun ini adalah sangat mudah.

Dia memasuki premis jenawa mewah tanpa membawa sebarang beg, sebelum berpura-pura keluar dari butik dengan menjinjing beg yang dicuri seolah-olah itu merupakan beg yang dibawanya dari rumah.

Antara beg yang dicurinya ialah dari koleksi Louis Vuitton, Dior, Burberry, Prada dan Gucci.

Hasil jualannya di laman Ebay, Rand dikatakan telah memperolehi sebanyak £88,000 (RM451,000).

Oleh:  AUDREY LEE 
[Continue reading...]

Madad Madad Ya Rasulullah Lantunan Mahabbah Rasulillah 2012

- 0 komentar
[Continue reading...]

Jumat, 27 Desember 2013

Ibu Dua Anak Berumur 46 Tahun Yang Penampilannya Berubah Menjadi Gadis Belia Secara Alami Foto foto

- 0 komentar




Jung Da Yeon adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak dari Korea Selatan yang pernah memiliki berat badan seberat 70 kg. Suatu hari dia membuat keputusan untuk mengubah hidupnya. Dia melakukan diet ketat dan rajin olahraga senam aerobik. Hanya dalam 3 bulan, dia berhasil membuang berat badannya sebanyak 20 kg.

Lihat foto "perubahannya" :


Inilah penampilan sebelumnya:







Lihatlah penampilannya sekarang:

















Hal inilah yang membuatnya tenar di Korea dengan sebutan momjjang ajumma atau seorang ibu dengan penampilan yang berubah drastik kerana perubahan fisiknya yang ekstrem dan membuatnya terlihat jauh lebih muda dari umurnya sekarang (46 tahun).
yen Jepun, NHK setelah dia memicu “momjjang syndrome” di seantero Korea. Dan oleh kerana pencapaiannya ini, sekarang dia sudah menjadi instruktur fitness dan aerobik paling terkenal di Asia dan rajin mnerbitkan buku dan video aerobik serta fitnessnya.

Benar-benar luar biasa, dan siapa yang mengira kalau dia sebenarnya berusia 46 tahun?

Biodata:

Jung Da Yeon

27 November 1966

!62 cm/50 Kg


sumber
[Continue reading...]

Google Membunuh Blogspot Yang Berisi 3 Juta Nomor Rekening

- 0 komentar
SURABAYA - IBC | Khosrow Zarefarid, adalah pemilik blogspot yang beralamtkan ircard.blogspot.ca, pria asal Iran ini harus rela kehilangan blognya yang memuat sekitar 3 juta nomor rekening yang juga termasuk PIN nasabah yang memiliki nomor rekening yang disebutkan dalam blog tersebut. Meski tidak mencuri uang yang ada didalam rekening-rekening tersebut, Google menilai kalau blog tersebut telah melanggar TOS penggunaan blogspot.

"Ini adalah masalah serius yang harus kami ambil", "Meskipun kami tidak membahas kasus-kasus tertentu, kebijakan konten Blogger melarang memberikan informasi ataupun menerbitkan informasi yang berkaitan dengan pribadi dan rahasia milik orang lain." ungkap juru bicara Google, seperti yang dilansir oleh ZDnet dan dikutip oleh

Banyak infomasi milik pribadi yang tidak boleh dipublikasikan tanpa ijin, Misalnya, mengirimkan nomor kartu kredit orang lain, nomor Social Security, nomor telepon yang tidak terdaftar dan nomor SIM dan masih banyak yang lainnya. lanjut Juru Bicara Google.

Sementara itu, Zarefarid mengtakan pembelaannya. "Saya tahu bahwa blog saya telah diblokir oleh Google, ini adalah keputusan yang salah. Blog saya untuk memperingatkan terhadap ancaman kepada seluruh pemilik rekening di Iran. Bagaimanapun saya ingin blog saya kembali. Tolong bantu saya untuk mendapatkannya.


Zarefarid sebelumnya bekerja sebagai manajer di sebuah perusahaan bernama Eniak, yang mengoperasikan
Shetab (Interbank Jaringan Informasi Transfer) sistem, izin perbankan elektronik dan otomatis sistem pembayaran yang digunakan di Iran. Dengan kata lain, Zarefarid bekerja untuk sebuah perusahaan yang menawarkan jasa kepada bank-bank Iran untuk menerima pembayaran elektronik. 

Selain itu, Zarefarid adalah orang yang menemukan celah untuk mendapatkan data pemilik rekening di bank. Saat temuannya ini diabaikan oleh pihak bank dengan memberikan informasi pemilik 1000 rekening. Zarefarid meretas sekitar 3juta nomor rekening nasabah bank di Iran. Setidaknya ditemukan nomor rekening dari 22 bank yang ada di Iran.
[Continue reading...]

Kamis, 26 Desember 2013

Pelaku Penembakan Batman Seorang Mahasiswa Kedoktoran

- 0 komentar

Tokoh Joker dalam film Batman. (Foto dok :  kaispace.wordpress.com)
Tokoh Joker dalam film Batman. (Foto dok : kaispace.wordpress.com)
COLORADO - Pelaku penembakan ketika tayangan  perdana film Batman di Colorado, ternyata sudah mempersiapkan diri dengan baik. Penembakan itu mengakibatkan belasan korban 12 maut  dan 59 cedera  termasuk tiga Warga Negara Indonesia (WNI).

Pelaku telah melengkapi dirinya dengan sejumlah alat perang, di antaranya ratusan amunisi pistol, jeket anti peluru, dan magazine.  Dia juga mengecat rambutnya berwarna hijau seperti tokoh Joker dalam film "Batman".

"Dalam 60 hari terakhir dia membeli empat senjata di kedai-kedai senjata, dan melalui Internet. Dia membeli lebih dari 6,000 butir amunisi," kata Ketua Polis Aurora Colorado, Daniel Oates, seperti dikutip The Lookout, Sabtu (21/7/2012).
Pelaku insiden penembakan di sebuah pawagam di Amerika Syarikat  , diketahui sebagai seorang   mahasiswa kedoktoran di University of Colorado School of Medicine. 

James Eagen Holmes dikenal sebagai mahasiswa jurusan neurologi. Polis  mengatakan, lelaki  berusia 24 tahun itu dalam proses mengajukan cuti dari kuliahnya. Holmes mendaftar di Universiti Colorado pada Jun 2011.

Polis  menyebutkan Holmes tinggal di sebuah apartmen berkamar satu di Aurora, Colorado. Ketua Polis Aurora menyatakan, Holmes sebelumnya tidak memiliki catatan jenayah  kecuali disaman akibat rempit  pada 2011 lalu.

"Pelaku masuk ke dalam pawagam dengan menggunakan pakaian berwarna hitam dan helmet perang serta jeket anti peluru. Dia juga menggunakan pelindung kaki serta leher dan topeng gas. Dipersenjatai lengkap, pelaku melepaskan tembakannya secara membuta tuli  di dalam panggung wayang ," ujar Ketua Polis Daniel Oates, seperti dikutip CNN, Sabtu (21/7/2012).

Warga yang menunggu film "Batman" dimulai, tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menyelamatkan dirinya, ketika Holmes melepaskan tembakan membabi buta. Segera setelah insiden penembakan terjadi,  Polis segera datang apabila menerima panggilan kecemasan.

Polis  berhasil meringkus Holmes tidak jauh dari keretanya. "Pelaku menyerah tanpa ada perlawanan kepada para petugas," tutur Oates.

12 orang maut dalam kejadian ini, sementara 59 lainnya dilaporkan cedera Meski memiliki rakaman video dari peristiwa itu, polis  enggan menyiarkannya ke publik kerana dianggap terlalu mengerikan.(faj)

[Continue reading...]

Rabu, 25 Desember 2013

Jimmy Dedah SMS Nursuhaila Mengandung Anak Luar Nikah Di Mahkamah

- 0 komentar



Jimmy Dedah SMS Nursuhaila Mengandung Anak Luar Nikah Di Mahkamah

Nampaknya pelbagai kisah peribadi yang melibatkan pengacara Jimmy Shanley dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy didedahkan di mahkamah. Berita terbaru yang mengejutkan ini diceritakan sendiri oleh Jimmy semalam.


Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah yang isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu sekiranya benar ia anak Jimmy.

Jimmy berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi SMS pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya yang didapati masih berjudi.

Memetik laporan Sinar Harian, Jimmy juga berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010.
[Continue reading...]

6 kali lakukan hubungan s s dengan rela akhirnya buat laporan Polis akibat teman Lelaki tidak mau bertanggungjawab

- 0 komentar
REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.

Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.

Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.

"Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.

"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin)," katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan," katanya.

Sumber sinarharian
[Continue reading...]

Selasa, 24 Desember 2013

Kes rasuah Biar pengundi hakimi saya kata Azmin

- 0 komentar
sinar harian
6 Jun 2012
Biar pengundi hakimi saya, kata Azmin
Azmin Ali
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa gesaan dan desakan agar kes rasuah lama melibatkan diri beliau dibuka semula hanya satu mainan politik semata-mata.

Beliau hairan mengapa kes yang sudah 17 tahun berlalu baru hendak dibuka semula oleh Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lebih-lebih lagi ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


"Isu itu sudah belasan tahun berlalu, kenapa sekarang SPRM nak buka semula jika bukan untuk agenda politik.


"Kenapa mereka tak kenakan sebarang tindakan pada tahun-tahun sebelum ini kepada saya?" katanya pada media hari ini.


Azmin turut menyelar tindakan SPRM yang membebaskan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil - yang dibersihkan terhadap dakwaan salah guna kuasa dalam kelulusan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


"Kes NFC yang libatkan Sharizat boleh disiasat dengan cepat dan pantas serta telah ditutup dan dibersihkan daripada tuduhan tersebut.


"Walaupun banyak persoalan belum dijawab termasuklah mereka yang dedahkan isu ini tidak dipanggil memberi keterangan termasuk Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tetapi kes telah ditutup," katanya lagi.


Beliau berkata, apabila kes yang melibatkan pemimpin PKR termasuknya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah lama, tetap menjadi isu dan dibangkitkan semula.


"Kami akan serahkan pada rakyat untuk membuat penghakiman dalam PRU akan datang," katanya.
[Continue reading...]

Khidmat model 3 dalam 1

- 0 komentar

Salam semua,

Model nama yang cukup sinonim dalam dunia peragaan tapi adakah ianya sekadar nama atau ada kegiatan yang lain disebalik pekerjaan itu,
Namun itu, perempuan zaman sekarang banyak yang menggunakan kecantikan paras rupa dan tubuh untuk diniagakan disebabkan dengan cara mudah ini dapat menjana pendapatan yang mewah.

Mereka hanya memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.

Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.


[Continue reading...]

Senin, 23 Desember 2013

Barcelona Layan Peminat Malaysia Macam Pariah – Dakwa Menteri

- 0 komentar


MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa kesalnya berhubung layanan yang diberikan oleh kelab bola sepak terkemuka dunia, Barcelona FC terhadap peminat dan media tempatan.
Beliau juga meluahkan rasa kurang senang dengan pihak yang menganjurkan perlawanan tersebut, BSC Soccer .
KJ
Khairy menulis di laman Twitternya, “penganjur perlawanan Barcelona sangat-sangat mengecewakan.  Peminat dan media tempatan telah dilayan seperti pariah oleh Barcelona”.
Sebelum ini, perlawanan yang berkesudahan pasukan kebangsaan tewas 1-3 itu sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tetapi pada saat-saat akhir ‘venue’ perlawanan persahabatan itu telah ditukar ke Stadium Shah Alam.
Itu satu hal.
Perkara lain yang membuatkan pembeli tiket lebih kecewa ialah apabila pemain terbaik dunia, Lionel Messi tidak dapat beraksi pada malam itu disebabkan kecederaan betis kiri yang dialaminya semasa sesi latihan yang diadakan di SNBJ dan kerana keadaan padang yang kurang memuaskan, pihak Barcelona telah meminta ‘venue game’ itu ditukar ke padang yang lebih elok.
Selain itu, SC Soccer yang baru pertama kali menganjurkan perlawanan sebesar dan segah begini haruslah memantapkan diri dengan bagaimana cara-cara menguruskan acara dengan baik dan teratur.
Ini kerana penganjur dillihat menganaktirikan media tempatan sebaliknya mengagungkan media antarabangsa sehinggakan media tempatan tidak diberi kesempatan bertanyakan soalan kepada pemain dan jurulatih Barcelona.
Selain itu, seperti kebiasaan selepas selesai bermain, satu sidang media khas akan diadakan bagi mendapatkan serba sedikit ulasan dan komen daripada pemain dan jurulatih namun pasukan dari Sepanyol itu dilihat bergegas ke lapangan terbang dan media tempatan tidak sempat bertanyakan sebarang soalan kepada mereka.
Dalam hal ini, penganjurlah yang seharusnya dipersalahkan kerana tidak dapat memberikan perjalanan acara yang baik dan teratur sehinggakan media tempatan tidak diberikan sebarang peluang untuk bertanya bermula dari sesi sidang media pertama sejak kedatangan mereka ke sini pada Khamis lalu.
Oleh:  JULIANA JOHAR
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Awal Story - Posts · Comments
Powered by Blogger