Jumat, 31 Januari 2014

Suami tikam isteri dengan pisau sayur kemudian minum racun

- 0 komentar

 myMetro 29 Julai 2013

Oleh Abdul Rahman Adam
Miri: Berang mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang suami menikam wanita itu dua kali menggunakan pisau sayur sebelum meminum racun rumpai dengan harapan mereka mati bersama dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Gazania Riam di sini, semalam.
Bagaimanapun, nyawa wanita berusia lewat 30-an itu masih panjang, berlari dengan berlumuran darah sambil menahan kesakitan bagi mendapatkan bantuan jiran dalam kejadian jam 12.30 tengah malam.
 
Difahamkan, suami wanita itu yang berusia 40-an, baru dibebaskan dari Penjara Lambir di sini, bulan lalu, selepas menjalani hukuman kerana kesalahan merompak.

Dia dikatakan dapat mengesan hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain baru-baru ini.
FotoPOLIS membuat pemeriksaan di lokasi kejadian.

Menurut sumber, ketika kejadian wanita terbabit bermalam di rumah adiknya apabila didatangi suaminya dan tercetus pertengkaran berkaitan hubungannya dengan lelaki lain manakala wanita itu pula bertegas mahu bercerai.
[Continue reading...]

Kamis, 30 Januari 2014

Kes Uli Doh Dengan Kaki Jualan Roti Benggali T’jejas

- 0 komentar

GEORGETOWN – Penjualan roti benggali terjejas teruk berikutan laporan kontroversi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa tepungnya diuli menggunakan kaki, mengundang keresahan pelanggan sejak tiga hari lalu.

Presiden Persatuan Penjual-penjual Roti Pulau Pinang, L Manogaran berkata, laporan akhbar itu mengundang salah sangka dalam kalangan pelanggan roti benggali di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh negara amnya.

Beliau berkata, laporan akhbar itu yang mendakwa tindakan pekerja kilang roti benggali terkenal di Bayan Baru leka menguli tepung menggunakan kaki tanpa meletakkan sebarang pelapik, adalah tidak benar.

Setahunya dan siasatan yang dilakukan, tidak ada kilang membuat roti benggali di Bayan Baru.

“Saya juga tidak percaya, sama ada kedai atau kilang menguli tepung roti benggali menggunakan kaki seperti yang didakwa.

“Sejak dari zaman datuk moyang saya dulu, tepung roti benggali diuli menggunakan mesin, bukannya kaki seperti yang dilaporkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana
gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Sementara itu, Manogaran kecewa dengan laporan akhbar itu kerana ia bukan sahaja memberi persepi dan imej buruk terhadap pembuat roti benggali di negeri ini, malah memberi tamparan hebat kepada perniagaan mereka.

“Sejak laporan itu disiarkan ia menjadi isu sensasi dan perbualan dalam kalangan orang ramai termasuk dibahas didalam laman sosial seperti Facebook dan blog.

“Ramai pelanggan kami dengan nada sindir dan merungut, ‘apa roti benggali buat guna kaki ke? ‘Saya sudah makan roti benggali lama, dengar pun sudah mau muntahlah?.

“Kami terpaksa menunjukkan tempat uli tepung kepada pelanggan untuk melihat sendiri keadaan di situ,” katanya.

Menurutnya, ada juga pelanggan dari gerai makanan sudah berhenti mengambil stok.

Sementara itu, rakan kongsi Maliia Bakery (M) Sdn Bhd, Datuk Maridass Gopal kesal dengan laporan itu kerana menjejaskan perniagaan mereka.

“Maliia Bakery adalah antara kilang pembuat roti benggali yang terkenal di negeri ini yang beroperasi sejak 1982. Apabila, laporan akhbar itu menyatakan perkataan ‘kilang roti benggali terkenal’ ramai beranggapan bahawa ia berlaku di kilang saya.

“Di Pulau Pinang hanya ada dua kilang berskala besar dan sebuah kedai yang mengtinjauankan roti benggali,” katanya.

Beliau menjelaskan tidak ada kilang atau kedai roti benggali menerima notis penutupan 14 hari dalam Ops Food Court dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

“Ini jelas menunjukkan, akhbar berkenaan membuat satu laporan yang tidak tepat,” katanya.

Menurutnya, penggunaan nama ‘roti benggali’ dalam laporan itu bukan sahaja menjejaskan peniagaan penerima notis, malah ia menjejaskan peniagaan keseluruhan peniaga roti berkenaan.

“Maliia Bakery menerima tempahan pelanggan dari seluruh Pulau Pinang termasuk beberapa negeri lain di kawasan utara. Setiap hari kami mengtinjauankan 1,500 buku roti benggali menggunakan 125 kilogram tepung.

“Tidak logik langsung mengatakan tepung diuli menggunakan kaki. Malah, kilang pembuat roti benggali menggunakan mesin canggih bernilai ratusan ribu ringgit untuk mengtinjauankan roti setiap hari,” katanya.

Justeru itu , Maridass meminta akhbar itu membuat penjelasan terhadap laporan yang disiarkan dan juga meminta wartawan dan syarikat akhbar itu meminta maaf secara bertulis berhubung penyiaran itu.

“Wakil pesatuan penjual roti benggali membuat aduan mengenai laporan itu kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan memohon penjelasan secara bertulis dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berhubung inisiden ini.

“Sekiranya, akhbar itu tidak membuat pembetulan dengan penjelasan sewajarnya, kami akan merujuk hal ini untuk tindakan undang-undang,” katanya. – Sinar Harian
[Continue reading...]

Rabu, 01 Januari 2014

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi S A W

- 0 komentar
Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi S.A.W | Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
 
Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi S.A.W

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi S.A.W
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali R.A iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 
1. jari tengah 
2. jari telunjuk
Nabi Muhammad S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))
wallahu a’lam
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Awal Story - Posts · Comments
Powered by Blogger