Rabu, 12 Februari 2014

Lenovo Bakal Ambil Alih HTC


Lenovo dikatakan sedang dalam perbincangan sulit untuk mengambil alih syarikat telefon pintar HTC.

Buat julung kalinya,syarikat Taiwan itu dijangka akan membentangkan kerugian suku pertama mereka dalam mesyuarat kewangan yang akan diadakan bila-bila masa sahaja lagi.

Mungkin mengambil contoh daripada Microsoft yang baru sahaja membeli syarikat telefon mudah alih Nokia,para eksekutif Lenovo begitu berminat untuk mengambil alih jenama HTC.

Syarikat China itu mempunyai reputasi yang tinggi dalam memajukan perniagaan sedia ada melalui penjenamaan semula.

Pada tahun 2005,Lenovo telah membeli IBM dan syarikat komputer bajet Medion pada tahun 2011. Kedua-dua jenama itu terus mencatatkan keuntungan besar sehingga kini.

Lenovo turut bersaing dalam pasaran kompetitif dengan mengeluarkan telefon pintarnya sendiri,namun keluarannya agak terhad dan hanya digunakana secara meluas di negara China.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Awal Story - Posts · Comments
Powered by Blogger